

Ini ada beberapa benda atau perkara yang agak pelik mengenai facebook..yang ni berlaku di luar negara. Mungkin boleh dijadikan pengajaran..
Perkara 1.
25% pengguna FB ditinggalkan kekasih melalui FB.
Kajian kaji selidik pada tahun 2010 ke atas 1000 pengguna Facebook, mendapati 70 % ialah lelaki, dan dari jumlah itu 25 % telah ditinggalkan oleh kekasih mereka.
21% pengguna akan mengemaskini status mereka kepada ” single” jika ingin memutuskan perhubungan.
Perkara 2
Facebook tidak membenarkan gambar ibu sedang menyusu badan dimuatnaik.
Facebook tidak ada masalah dengan gambar penyusuan badan yang dimuatnaik oleh pengguna FB tetapi gambar yang menampakkan puting dianggap telah melanggar polisi dan gambar tu boleh dibuang oleh pihak FB. Isu ini telah menimbulkan kemarahan kepada golongan wanita yang prihatin dengan hak hak wanita.
Salah seorang pengguna FB menganggap perkara ini tidak adil dan mendiskriminasi wanita keran gambar gambar yang lebih melampau dan mendedahkan tubuh badan wanita seperti memakai bikini boleh dibenarkan oleh Facebook untuk dipaparkan tanpa halangan. Bagi mereka gambar penyusuan badan bukan perkara lucah dan membahayakan kanak-kanak.
Walaupun seramai 250,000 ahli FB menyokong gambar penyusuan badan dibenarkan tetapi pihak FB tetap tidak membenarkan gambar demikian dimuatnaik.
Perkara 3
Secara purata pengguna FB ada 130 orang rakan
Korang popular macam artis atau selebriti ke? hehe..ini kajian di luar negara, secara purata pengguna FB ada kawan seramai 130 orang, dan mereka kerap berinteraksi 4 hingga 7 orang sahaja di FB. Kalau korang rasa lebih lagi dari ini, memang glemer la korang hehe..
Perkara 4
Dari 5 punca perceraian di US, salah satunya ialah disebabkan oleh Facebook.
Kajian dibuat di US mendapati 80 % bukti kecurangan pasangan yang bercerai diambil dari laman sosial seperti FB. Pasangan menemui gambar gambar bukti kecurangan dan jugak mesej mesej yang ditulis kepada orang ketiga atau “kekasih baru”.
Ada juga disebabkan mereka bertemu kembali dengan kekasih lama dan cinta lama berputik kembali di laman FB.
Facebook menjadi punca utama dari punca perceraian itu, iaitu sebanyak 66%, diikuti dengan Myspace sebanyak 15 %, Twitter 5% dan lain-lain 14%.
Kajian selidik di UK pula mendapati Facebook ialah punca perceraian dari 20 % petisyen perceraian di UK. FB membolehkan pengguna bertemu semula dengan rakan rakan sekolah lama, atau kekasih lama jadi memang mudah untuk menjalinkan semula hubungan cinta yang lama terputus, ditambah pula pengguna FB di UK sudah menjangkau 23 juta orang.
Bukti lain, artis Eva Longoria pelakon dari siri Desperate Housewives berpisah dengan bekas suaminya Tony Parker selepas dia mendapati suaminya berhubung dengan wanita di laman FB.
Perkara 5.
Gambar pelakon Al Pacino ialah gambar pertama muncul di FB.